| 
      
               
              
              
              
              
              
              
              
             
        
      | 
    
      
        
          
            
              
                | FUNGSI | 
               
              
                | 
                  Riboflavin
                  adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan
                  antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan
                  keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan
                  kataract. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan
                  protin. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan
                  memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.  Riboflavin
                  juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan
                  rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat
                  besi dan vitamin B6.  
                   
                  Pengambilan
                  riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika
                  mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan
                  fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak
                  menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2.  
                 | 
               
              
                
                 
                 | 
               
              
                | 
                SUMBER
                 | 
               
              
                | 
                 Kandungan
                tinggi vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut: keju,
                putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam,
                biji-bijian, dan yogurt. Lain-lain sumber termasuk  asparagus,
                avocado, kobis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat,
                kacang dan selada air. 
                  | 
               
              
                
                 
                 | 
               
              
                | 
                KEKURANGAN
                 | 
               
              
                | 
                Kekurangan vitamin B2 boleh
                menyebabkan :
                 | 
               
              
                
                
                  
                      | 
                    Keletihan,
                      lemah badan. | 
                   
                  
                      | 
                    Bibir
                      merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut. | 
                   
                  
                      | 
                    Lemah
                      daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada
                      cahaya). | 
                   
                  
                      | 
                    Gatal
                      kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh
                      tidur).  | 
                   
                  
                      | 
                    Lemah
                      daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap
                      dalam tindakbalas mental.  | 
                   
                 
                 | 
               
              
                
                   
                 | 
               
              
                | 
                    
  | 
               
             
           | 
           | 
         
       
     |