INFORMASI UBAT

laman utama

berita

biodata

album

tugas

VITAMIN & ZAT GALIAN

Info Ubat
Vitamin & Mineral
Vitamin A
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B3
Vitamin B5
Vitamin B6
Vitamin B12
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin E
Vitamin K
Biotin
Folic Asid
Kalsium
Iodin
Potassium
Zat Besi
Vitamin dan zat galian adalah elemen penting yang diperlukan oleh kita dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Bagi orang dewasa kerperluan vitamin dan mineral ini adalah bagi menjamin tubuh badan sentiasa sihat. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitamin dan mineral justeru itu dan ianya diperolehi daripada makanan yang kita ambil.

Terdapat berbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak dan mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, US Academy of Science telah menggunapakai RDA (Recommended Daily Allowance) atau keperluan harian yang disyorkan yang mana ianya menentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan. RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.

Dengan memakan berbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, seseorang yang sihat pada semua peringkat umur akan memperolehi vitamin dan mineral secukupnya daripada makanan tersebut.

Walaubagaimanapun sekiranya anda berasa anda tidak makan secara yang betul atau disyorkan oleh doktor anda untuk mengambil tambahan vitamin dan mineral, anda boleh mendapatkan vitamin dan mineral ini yang dijual di Farmasi tanpa preskripsi dari doktor.

BILAKAH KITA PERLUKAN VITAMIN DAN MINERAL

Pertama sekali kita hendaklah merujuk kepada doktor yang mana beliau akan membuat pemeriksaan dan menentukan keperluan vitamin dan mineral yang sepatutnya diambil. Terdapat beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan.

Kekurangan vitamin dan mineral.
Wanita mengandung dan menyusukan bayi.
Bayi pra matang.
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.
Kegagalan buah pinggang yang mana memerlukan makanan rendah protin, lemah daya penyerapan, kekeringan atau dehidrasi yang mana memerlukan potassium/sodium dan beberapa jenis garam galian yang lain.
Selsema/flu, di mana vitamin C dapat membantu proses penyembuhan.
Bagi vegetarian yang mana tanpa makan telur dan minum susu mereka akan mengalami kekurangan vitamin B12.

KESAN SAMPINGAN

Ramai yang menganggap bahawa vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih baik. Hakikatnya bahawa apa saja yang diambil berlebihan pastinya akan membawa kesan yang memudaratkan. Begitu juga halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu akan merosakkan badan kita.

Vitamin larut lemak umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyababkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi.

Vitamin A yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kering/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan. Lemah badan dan pusingan haid tidak menentu adalah gejala biasa namun dalam keadaan yang teruk  boleh menyebabkan sakit tulang serta pembesaran hati dan limpa. Beta kerotin dalam dos yang tinggi pula boleh menyebabkan kulit bertukar warna oreng kekuningan dan bagi wanita mengandung menyebabkan kecacatan.

Vitamin D yang diambil berlebihan boleh menyebabkan simpanan luar biasa kalsium pada  tisu lembut, dinding salur darah dan buah pinggang. Ia juga merencat tumbesaran pada kanak-kanak.

Berlebihan dalam pengambilan kalsium boleh mengurangkan amaun penyerapan zat besi dan zink dan menyebabkan sembelit dan loya. Risiko terjadinya palpitasi adalah tinggi dan simpanan kalsium yang banyak pada buah pinggang boleh menyababkan batu karang dan merosakkan buah pinggang.

Zat besi yang berlebihan pula menyebabkan ianya terkumpul dalam organ badan mengakibatkan kegagalan jantung, penyakit hati dan kencing manis.

Pengambilan potasium/sodium menyebabkan gangguan yang serius kepada rentak denyutan jantung dan merosakkan saraf/buah pinggang.

PERHATIAN

Sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral rujuklah kepada doktor anda untuk menentukan tahap kesihatan anda. Ini akan mencegah daripada berlakunya sebarang kesan yang tidak diingini kepada badan anda hasil daripada pengambilan vitamin dan mineral tersebut.

Vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.

atas