INFORMASI UBAT

laman utama

berita

biodata

album

tugas

VITAMIN A   RDA 500 I.U

InfoUbat

Vitamin & Mineral

Vitamin A
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B3
Vitamin B5
Vitamin B6
Vitamin B12
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin E
Vitamin K
Biotin
Folik Asid
Kalsium
Iodin
Potassium
Zat Besi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FUNGSI

Vitamin A adalah salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Retinol salah satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif atau berguna dan ia didapati daripada haiwan seperti hati dan telur.  Ia boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A.    Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan struktur gigi yang sihat. Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman. Vitamin A juga menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.


SUMBER

Vitamin A boleh diperolehi daripada telur, susu, dan hati adalah di antara sumber semulajadi makanan yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A terdapat pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu tanpa lemak. Kebanyakan susu/susu tepung tanpa lemak yang terdapat di pasaran telah diperkayakan dengan vitamin A. Terdapat banyak makanan yang diperkayakan seperti bijirin sarapan pagi yang mengandungi vitamin A.

Adalah mustahak anda sentiasa mengambil makanan yang membekalkan vitamin A atau beta-kerotin walaupun badan anda boleh menyimpan vitamin tersebut di dalam hati. Vitamin A yang tersimpan dalam hati akan membantu memenuhi keperluan badan anda bila mana pengambilan vitamin tersebut adalah rendah.


KEKURANGAN
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam, kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.

atas