LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


 

Dari Minda Bendahari
Dari Meja Ketua Pengarang
Dialog
Laporan Ucapan Perasmian

Ke Laman Utama Suara Rx

Viagra 
HRT
Perubatan Nuklear

PERSIDANGAN AGONG DWI TAHUNAN PERSATUAN PEMBANTU FARMASI MALAYSIA 1999/2000

KUANTAN - 21 MEI 2000

Persidangan Agong Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Persidangan kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Musa bin Haji Taib, Pengarah Bahagian Saraan JPA yang mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Bersempena dengan persidangan di alaf baru ini, satu majlis dialog telah diadakan selepas dari upacara perasmian tersebut. Majlis dialog ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamaruddin Ab.Rahim yang juga Yang DiPertua Persatuan. Manakala ahli panel terdiri daripada Tuan Haji Musa Haji Taib (Pengarah Bahagian Saraan JPA), En. Rosli Abd.Rashid (Ketua Penolong Pengarah Farmasi KKM) dan Dr.Khoo Soo Teck (Pengarah Kesihatan Negeri Pahang). Majlis dialog ini telah berkisar pada masalah yang dihadapi oleh Pembantu Farmasi meliputi soal peluang kerjaya, penilaian prestasi, status diploma dan lain-lain lagi.

 Persidangan Agong telah diadakan pada sebelah petang. Persidangan pada kali ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari para ahli disebabkan terdapatnya pemilihan AJK dan juga Exco. Sambutan yang begitu hebat pada persidangan kali ini telah membuktikan betapa Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia telah mendapat tempat di hati Pembantu Farmasi di negara ini. Tahniah dan pujian seharusnya diberikan kepada barisan kepimpinan dalam persatuan ini yang telah berjaya membuka minda para Pembantu Farmasi untuk menyedari betapa pentingnya berpersatuan. Sokongan dan dokongan daripada Pembantu Farmasi secara menyeluruh amatlah diharapkan. Perjuangan masih belum selesai......

Selain dari itu, satu majlis makan malam telah diadakan pada malam sebelumnya bagi meraikan ahli-ahli dan dif-dif jemputan yang hadir. Aneka persembahantelah dihidangkan kepada para peserta pada malam tersebut. Majlis sebegini telah dapat mewujudkan suasana yang harmoni di samping dapat menghilangkan keletihan para peserta yang hadir dari segenap pelusuk tanah air.

Sesungguhnya apa yang dihidangkan pada persidangan kali ini telah memberi satu gambaran yang menarik dan penuh penghargaan agar persatuan ini bakal menjadi wadah kepada perjuangan Pembantu Farmasi pada keseluruhannya.

Kapada Jawatankuasa penganjur persidangan diucapkan syabas dan tahniah kerana telah memberikan satu iltizam kepada negeri-negeri lain untuk menganjurkan persidangan semacam ini pada tahun-tahun yang mendatang.

Semoga berjumpa lagi di persidangan yang akan datang.

InsyaAllah.

Go to top of page

 


LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


PFHK/PS