LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


 

Dari Minda Bendahari
Dari Meja Ketua Pengarang
Laporan Persidangan
Laporan Ucapan Perasmian

Ke Laman Utama Suara Rx

Viagra
HRT
Perubatan Nuklear

 

LAPORAN DIALOG

Pengerusi, Ahli Panel dan DifJemputan.

Pengerusi :
Ahli Panel :
Dif . Jemputan 
Turut Hadir
Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abd. Rahim
SMT; AMT; PLB; PJK; Yang Dipertua Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia
Tuan Haji Musa bin Taib
Pengarah Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam
(Mewakili Ketua Pengarah JPA)
Encik Mohamed Rosli bin Abdul Rashid
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia , (Mewakili Pengarah Bahagian Perkhidmatan 
Farmasi KKM)
Dr. Khoo Soo Teck KMN; BCK;
Pengarah Kesihatan, Negeri Pahang Darul Makmur.
Encik Ng Swee Ting SMP; Asp;
Timbalan Pengarah Kesihatan (Pengurusan) Negeri Pahang Darul Makmur.
Encik Wong Mun Wah,
Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan (Farmasi), Negeri Pahang Darul Makmur.
Dato’ Dr. Hj. Ahmad Razin bin Dato’ Haji
Ahmad Mahir DIMP; SMP; Pengarah Hospital, HAF, Kuantan, Pahang.
Cik Wee Suat Bee, Ketua Pegawai Farmasi, HAF, Kuantan, Pahang.

Soalan-soalan dan Jawapan Dialog

SOALAN I   

Pembantu Farmasi adalah salah satu komponen paramedik tetapi kelihatan terbelakang jika dibandingkan dengan paramedik lain dari segi kenaikan pangkat, gaji, kemudahan pembelajaran dan pengiktirafan sijil ke diploma. Mengapakah keadaan ini terjadi,  dimanakah silapnya sehingga ianya berterusan hingga sekarang.

Pn Faridah Saidi (Selangor)

JAWAPAN SOALAN I   

Mengambil kesempatan bagi mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM ke Majlis Dialog tersebut. Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM berharap agar majlis dialog seperti itu dapat diadakan dari masa ke semasa dan dengan lebih kerap.

Kenaikan pangkat semua anggota di uruskan oleh bahagian naik pangkat KKM. Tidak timbul perbezaan dengan lain-lain paramedik. Sememangnya kekosongan jawatan kenaikan pangkat telah dikemukakan kepada Bahagian Kenaikan Pangkat dan Paramedik KKM oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM. Bahagian Perkhidmatan Farmasi berharap agar bahagian kenaikan pangkat dapat menguruskan dengan segera. Walau bagaimana pun ianya bergantung kepada jumlah @ % kekosongan sedia ada, bilangan calon yang layak dan keputusan temuduga. Sama juga dengan lain-lain paramedik. Bahagian naik pangkat akan memanggil satu temuduga kenaikan pangkat pada satu masa yang sesuai. Diharap semua dapat bersabar. 

Mengenai gaji, kemudahan pembelajaran dan pengiktirafan sijil ke diploma, ianya terdapat sedikit masaalah iaitu, senat universiti telah bersetuju supaya semua CGPA (Markah Gred Komulatit) semua pelajar universiti di Malaysia diubah kepada sistem apa yang dibelajar dan itulah yang akan dilaksanakan semasa bekerja. Korikulum Diploma Farmasi yang dikemukakan kepada Kementerian pada tahun 1997 telah diluluskan. Seterusnya korikulum diploma farmasi telah dipinda sedikit kepada jenis pekerjaan yang akan di lakukan oleh Pembantu Farmasi. Bahagian Latihan dan Manusia KKM telah mengadakan satu bengkel bagi mengkaji dan mengemaskinikan kandungan korikulum. Untuk makluman semua, fisiologi dan farmakologi telah dikurangkan jam kreditnya. Walau bagaimanan pun subjek kimia farmasi dan fizik telah dimasukkan. Tetapi semuanya telah siap dan telah dihantar ke bahagian pengiktirafan sebelum di hantar ke JPA. Pemegang diploma farmasi sememangnya diterima untuk menyambung ljazah Pertama Farmasi oleh semua universiti. Semua urusan telah selesai dan dijangka ianya akan di mula pada Julai 2000.

- En. Mohamed Rosli (Bhg Perkhidmatan Farmasi KKM)

Kenaikan Pangkat dan urusan terpulang kepada kekosongan jawatan di organisasi itu sendiri. lni adalah mengikut carta organisasi. Tetapi pihak JPA tiada masaalah untuk meluluskan jawatan naik pangkat dan bahagian saraan sentiasa menolong mana-mana kesatuan ataupun persatuan yang menghadapi masaalah. Kehadiran memang di alu-alukan. Pembantu Farmasi ada prospek dinaikan pangkat, tetapi memerlukan kekosongan jawatan terlebih dulu. 

Diploma Farmasi telah diluluskan oleh Bahagian Saraan JPA tapi perlukan kepada penambahbaikan. Cara menambahbaikan (Topping up) akan dibincangkan semula. 

          - Tuan Haji Musa (JPA)

 

Kenaikan pangkat adalah mengikut ratio perjawatan yang sedia ada. Proses kenaikan pangkat adalah terkeluar dan bidang kawalan negeri-negeri. Perbincangan dengan NAZIRAN biasanya hanya bersekitar kepada keperluan jawatan Tingkatan Biasa (U8) sahaja. Dinasihatkan agar pusat agensi KKM akan dapat mengagihkan jawatan kenaikan pangkat. Negeri perlu menjustifikasikan keperluan manusia untuk jawatan kenaikan pangkat. Negeri Pahang sendiri telah selesai mengenalpasti di manakah ada kekosongan bagi jawatan kenaikan pangkat dan telah di hantar ke KKM bagi tujuan temuduga dan kenaikan pangkat. 

- Dr. Khoo Soo Teck (Pengarah kesihatan Pahang)  

SOALAN 2

Kebanyakan kedai ubat/farmasi komuniti mengambil pekerja tidak mahir  untuk menjalankan tugas mendispen ubat kepada pelanggan mereka, ini terjadi kerana pihak pengurusan kedai tidak perlu membayar gaji yang mahal kepada pekerja tersebut Persatuan ini terkilan kerana pekerja tersebut dipanggil Pembantu Farmasi sedangkan mereka tidak mendapat latihan yang sewajarnya. Apakah bahagian farmasi ada berbuat sesuatu demi menjaga keselamatan pelanggan dan profesion Pembantu Farmasi yang menjadi staf di bawah bahagian farmasi.

Tuan Syed Abd. Hamid Syed Mahmood (Pahang) 

JAWAPAN SOALAN 2

Nama jawatan Pembantu Farmasi bukanlah satu jawatan yang dikawal dibawah mana-mana akta. Sesiapa sahaja boleh menggunakan nama jawatan tersebut. Perkataan Ahli Farmasi sememangnya ada akta. Sesiapapun tidak boleh membuka kedai Farmasi tanpa kebenaran. Ada lesen yang perlu. Terdapat seorang AhIi Farmasi di kedai tersebut. Pada masa ini tiada keperluan untuk mendaftarkan nama jawatan Pembantu Farmasi, walaubagaimanapun pandangan dan orang ramai amatlah diperlukan contohnya FOMCA dll. 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM akan meminda akta Pendaftaran Farmasi dan memasukkan nama profesyen Pembantu Farmasi ke dalamnya. Setelah nama Pembantu Farmasi dimasukkan ke dalam akta tersebut, maka barulah iannya dapat dikawal. Hanya mereka yang mempunyai Diploma Farmasi sahaja layak dipanggil Pembantu Farmasi. Kalau boleh mereka juga boleh dipanggil AhIi Farmasi. Diharap semua Pembantu Farmasi bersabar. Tugas-tugas profesion Pembantu Farmasi adalah sama dengan Ahli Farmasi Cuma peringkat kepakaran / tanggungjawab berbeza sedikit. Tidak seperti profesyen paramedik lain seperti Jururawat, Pembantu Perubatan dan yang lainnya, Pembantu Farmasi yang mampu meneruskan pelajaran mereka akan menjadi Ahli Farmasi. Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM menggalakkan Pembantu Farmasi melanjutkan pelajaran. 

                                    - En. Mohamed Rosli (Bhg. Perhidmatan Farmasi KKM) 

Semua Klinik-klinik Kesihatan telah dan perlu diisi dengan jawatan Pembantu Farmasi. Tugas-tugas pendispensan dan sebagainya yang berkaitan perlu dipertanggungjawabkan kepada Pembantu Farmasi. 

                                         - Dr. Khoo Soo Teck (Pengarah Kesihatan Pahang)

SOALAN 3

Sehingga kini Pembantu Farmasi belum lagi mempunyai panel perunding khas sebagai badan perunding dengan pihak berkuasa bagi menjaga kebajikan Pembantu Farmasi dari segi kenaikan      pangkat, gaji, pengiktirafan dan lain-lain di sektor awam dan swasta.  Apakah pandangan JPA tentang perkara ini dan kesannya terhadap kemajuan kerjaya Pembantu Farmasi. 

 Puan Shanfah Roshadah (W. Rersekutuan)

JAWAPAN SOALAN 3

Panel perunding tak perlu. Sama juga seperti profesyen lain. Mekanisma yang ada sudah mencukupi, iaitu kesatuan, persatuan, Majlis Bersama Jabatan dan Majlis Bersama Kebangsaan. Semua masalah boleh dibincangkan antara pihak pegawai (kerajaan) dan pihak pekerja (kakitangan) Jika ada masalah yang tidak boleh diselesaikan pada peringkat tersebut, bolehlah dirujuk ke JPA dan JPA akan mengatasinya. JPA juga telah mengeluarkan arahan agar semua jabatan mengujudkan MBJ. Perbincangan perlu diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

Pengujudan jawatan U7 di bahagian kesihatan, JPA bersetuju untuk mempercepatkannya. 

                                                  - Tuan Haji Musa (JPA) 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi sentiasa mengamalkan pintu terbuka untuk berbagai tujuan dan rundingan. Bagi mengemaskan lagi penjalanan dan pentadbiran satu Jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kerja Personal dan Latihan.  Jawatankuasa ini dianggotai oleh Pegawai Farmasi, Pembantu Farmasi dan Pembantu Tadbir (Stor) Jawatankuasa ni menancang keperluan kenaikan pangkat dan sebagainya dan bensedia mengadakan perbincangan. lanya akan bermesyuarat sekerap enam kali setahun minimum. 

Jawatan kenaikan pangkat U7 telah dikemukan ke Bahagian Kenaikan Pangkat KKM. Klinik-klinik Kesihatan yang kecil akan disatukan kepada 1 zon dan zon-zon mi akan dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah di mana penempatan Pembantu Farmasi U7 akan diujudkan. Halatuju Penkhidmatan Farmasi telah dibuat pada tahun 1999. 

- En. Mohamed Rosli (Bhg. PenkhidmatanFanmasiKKM)

SOALAN 4

Terdapat cakap-cakap yang menyatakan jawatan Pembantu Farmasi tidak mempunyai masa depan dan kemungkinan akan dijumudkan kerana telah ada Pegawai Farmasi yang telah rarnai di KKM sekarang Setakat mana kebenaran cakap-cakap ini.

En Angsamuddin (USM)

JAWAPAN SOALAN 4

Pihak JPA tidak ada menenima sebarang penmohonan untuk menjumudkan jawatan Pembantu Farmasi dan sekaligus berita mengenai jawatan tersebut akan dijumudkan adalah berita palsu. Selagi ada tugas yang perlu dijalankan, jawatan tensebut akan tetap ujud kecualilah tendapat perubahan dasar kerajaan seperti pengswastaan dll . Apabila jawatan dijumudkan, mesti ada satu jawatan lain yang mengambil alih semua tugasnya. Selagi  ada tugas yang hendak dijalankan. selagi itulah jawatan itu wujud.

 

Tn. HJ. Musa (JPA)

 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM sentiasa mempertingkatkan peluang pembelajaran dan kenjaya bagi Pembantu Farmasi. Berita menjumudkan jawatan Pembantu Fanmasi adalah tidak benar. Masih ada tugas yang perlu  lakukan oleh Pembantu Farmasi walaupun Pegawai Farmasi telah ramai di KKM sekarang ini. Di Singapura semua di kaunter adalah dilaksanakan oleh Pegawai Farmasi tetapi di Malaysia perkara tersebut tidak berlaku. KKM sedang mempertingkat pengetahuan dan profesyen Pembantu Farmasi melalui kursus dalam perkhidmatan. Terdapat bidang-bidang baru yang akan di lakukan oleh Pembantu Farmasi seperti TPN, TDM dan CDR. (Farmasi Klinikal). Pembantu Farmasi mempunyai peluang kerjaya yang lebih baik dengan perkhidmatan yang terbaru oleh KKM. Bahagian Perkhidmatan Farmasi akan memulakan kursus pengkhususan kepada Pembantu Farmasi pada tahun ini.

 

 En. Mohamed Rosli (Bhg. Perkhidmatan Farmasi KKM)

 

Pembantu Farmasi perlu dalam menjayakan misi dan visi KKM ke arah kesihatan untuk semua (Health For All). Disamping itu Pembantu Farmasi juga mempunyai tugas yang lain seperti kaunseling dll. KKM akan menubuhkan Patient Carecentre yang mana akan bergerak secara anytime, anywhere. Perkhidmatan dari pintu ke pintu di sediakan (door to door services). Rakyat akan mendapat perkhidmatan menyeluroh di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pembantu Farmasi memangnya mempunyai reputasi yang tinggi dimana pada setiap konvensyen KMK, Pembantu Farmasi selalu mengambil bahagian dan selalu pula menang. Pembantu Farmasi mesti bersedia menjalankan tugas expanded role dan extended role dalam menjayakan aspirasi KKM. 

 Dr. Khoo Soo Teck (Pengarah Kesihatan Negeri Pahang)

SOALAN 5

YB. Dato’M. Mahalinggam, S/U Parlimen KKM dalam ucapan perasmian Persatuan ini di lpoh Perak pada 1997 menyatakan Pembantu Farmasi akan di daftarkan bersama-sama paramedik lain di bawah akta Allied Health Professional. Dalam majlis dialog KKM 1997 yang di hadiri YB Menteri kesihatan hal ini juga disuarakan oleh persatuan mi. Jawapan yang di terima pada masa itu ialah akan di bincangkan dengan Lembaga Farmasi samaada Pembantu Farmasi boleh di masukkan dibawah Akta Farmasi atau di bawah akta Allied health ProfessionaL Sejauh mananakah perkembangan rancangan ini dan bilakah ianya akan menjadi kenyataan. 

 En. Petrus James Kurup (Sabah)

JAWAPAN SOALAN 5

Perkara tersebut telah di bincangkan oleh KKM. Di dapati tugas dan peranan Pembantu Farmasi adalah mirip dan berkaitan dengan Pegawai Farmasi dan di cadangkan agar Pembantu Farmasi di daftarkan di bawah Akta Farmasi dengan sedikit pindaan terhadap Akta Farmasi. Sebagaimana yang diketahui, pindaan sesuatu akta akan di bawa ke parlimen untuk bacaan kali pertama, perbahasan dan bacaan kali kedua serta perbahasan sebelum di luluskan. Walaubagaimanapun pada masa ini terdapat beberapa akta yang lebih penting untuk di pinda. 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi menyelia 5 jenis Akta. Setiap akta akan di pinda mengikut kepentingan kepada negara dan didapati akta lain adalah lebih perlu dipinda dan disegerakan. Akta yang di selia ialah

-         Akta Racun 1952

-         Akta Dadah Berbahaya 1952

-         Akta Psikotropik

-         Akta lklan Ubat

-         Akta Pendaftaran Ahli Farmasi. 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah selesai menyediakan deraf pindaan bagi 4 akta dan pindaan Akta Pendaftaran Ahli Farmasi akan di lakukan sedikit masa lagi. Seterusnya bagi melicinkan tugas pindaan tersebut Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengujudkan Jawatankuasa Kerja Perunding dan Penggubalan Undang-Undang dan akan bermesyuarat setiap dua bulan. 

 En. Mohamed Rosli (Bhg. Perkhidmatan Farmasi 1(1(M)

SOALAN 6

Bahagian Kesihatan Awam memerlukan seorang Penibantu Farmasi Gred U7 sebagai ketua unit.  lni seperti juga paramedik lain yang telah mengujudkan jawatan U7 dengan gelaran ketua di peringkat daerah. Pembantu Farmasi juga memerlukan Ketua Pembantu Farrnasi. Pengujudan jawatan ini juga selaras dengan perkembangan KKM sendiri dengan penempatan seorang PakarKesihatan Keluarga di Kesihatan Awam. Ubat-ubat pakar adalah ubat yang terkawal serta mahal dan senuanya mesti             direkodkan. Adalah tidak bertepatan dengan tugas Pembantu Farmasi U8 untuk mengikuti jadual klinik pakar tersebut memandangkan tugas yang sedia ada juga perlu di bereskan dan ini ditambah pula dengan penyerahan pesakit saikotropik kepada Kesihatan Awam . Persatuan mencadangkan agar jawatan Pembantu Farmasi Gred U7 di Pejabat Kesihatan Daerah di isi dengan segera. 

Tuan Haji /dris Uda Saidi (Perak) 

JAWAPAN SOALAN 6

Sememangnya jawatan tersebut akan di isi di dalam masa terdekat ini. Bahkan juga jawatan Pegawai Farmasi Gred U3 dan jawatan Pembantu Tadbir (Stor) N9 akan dii si. lni bagi memudahkan pengawalan ubat-ubatan dan mengelakkan over stok yang tinggi serta mengawal perbelanjaan. Jumlah jawatan yang diperlukan telah diketahui dan sedang menunggu urusan temuduga oleh JPA dan KKM. Klinik Kesihatan KKM terdapat dalam tiga katogeri iaitu 

-         Katogeri 1 melebihi 500 pesakit sehari

-         Katogeri 2 antara 200 - 500 pesakit sehari

-         Katogeri 3 kurang dan 200 pesakit sehari 

Pada katogeri I -jawatan U6 dan U7 akan di isi, katogeri 2-U7 akan di isi dan pada katogeri 3 - kemungkinan U7 juga akan di isi. 

 En. Mohamed Rosli (Bhg. Perkhidmatan Farmasi 1(1(M)

 
Laporan Oleh : Haji ldris bin Uda Saidi Exco PPFM (24.5.2000)
Disusun dan diolah oleh : Haji Harun bin Husin
Setiausaha Kehormat PPFM

 Go to top of page


LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


PFHK/PS