LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


 

Dari Minda Bendahari
Dari Meja Ketua Pengarang
Dialog
Laporan Perasmian

Ke Laman Utama Suara Rx

Viagra 
Terapi Penggantian Hormon (HRT)
Perubatan Nuklear

Lapuran Ucapan Perasmian Dan Majlis Dialog

      Sempena Persidangan Agong DWI Tahunan         

Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia 2000

Ucapan Perasmian Oleh Tuan Haji Musa bin Taib

Pengarah Bahagian Saraan JPA

( Mewakili Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam )

Tuan Haji Musa dalam ucapannya menjelaskan bahawa sikap pekerja di alaf baru mesti diubah dan mesti berani dalam mencuba sesuatu yang baru, walaupun ianya akan gagal. Apabila mencuba sesuatu yang baru, pekerja akan mendapat banyak halangan dan rintangan, tetapi apabila berjaya hasilnya tentulah memuaskan. Jangan takut kepada kesalahan. Apabila kita tidak mencuba kita tidak akan tahu tahap kebolehan kita. 

Seterusnya beliau menyarankan agar semua pekerja bercakap secara fakta dan nombor (fact and figure). Ini amat perlu kerana pada alaf baru ini,  semua penduduk Malaysia telah mendapat ledakan maklumat tanpa sempadan. Dahulu perkataan IT amat popular tetapi kini perkataan ICT (lmformation, Comunication Technology) pula popular. Dahulu istilah hari, minggu dan bulan digunakan, tetapi kini ianya telah ketinggalan jika masih menggunakan istilah tersebut. Semua proses kini boleh disiapkan dalam masa jam ataupun beberapa minit. Pekerja juga mesti membiasakan din bercakap secara Proven Fact dan Sciencetificly Fact 

Beliau juga menyarankan agar semua pekerja adalah Knowledge Worker (K-Worker) agar perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan. Pelanggan kini lebih berpengetahuan dari pekerja. Oleh itu semua pekerja perlulah mahir, pandai, berpengetahuan dan berkelulusan tinggi. 

Beliau turut menyarankan agar perkhidmatan farmasi mesti menyediakan satu tahap perkhidmatan yang tinggi yang mana boleh dijadikan contoh (batch mark) kepada lain-lain perkhidmatan. Banyak juga jabatan kerajaan yang telah menerima MS ISO 9000 sebagai memenuhi tahap tertinggi dalam perkhidmatan. Jika perkhidmatan yang diberikan adalah di bawah batch mark, ianya adalah di anggap tidak benmutu. 

Seterusnya beliau menerangkan bahawa di dalam JPA tendapat berbagai-bagai bahagian iaitu saraan, pencen, latihan dan lain-lain. Tetapi bahagian yang paling banyak mendapat publisiti ialah bahagian saraan semenjak terlaksananya SSB. Beliau seterusnya menerangkan bahawa SSB adalah antara sistem yang terbaik pada masa ianya mula dilaksanakan. Pekerja harus menerima hakikat itu. Tetapi oleh kerana perlaksanaannya yang tidak kemas, maka timbullah beberapa masalah yang menyebabkan banyak pihak menolak SSB. Pada awal penubuhannya, banyak permerhati dari negara luar seperti Korea, Afrika, Singapura dan Arab datang untuk mempelajarinya. 

Antara Kebaikan SSB ialah, terdapatnya IPT (lmbuhan Tetap Perumahan). Cuti bersalin ditambah, Elaun Knitikal, kenaikan gaji dan bonus tahunan. Keburukannya yang dapat diperhatikan ialah penilaian prestasi tahunan. Di dalamnya terdapat kuota dan Penilai Pertama serta Penilai Kedua yang mempunyai human factor (Subjektif) dan panel pengerakan gaji. . Jika semua elemen-elemen di dalam SSB di hayati, kita akan dapati SSB adalah satu cara yang baik. 

Beliau juga mengharapkan agar peraturan-peraturan yang diperuntukan melalui SSB perlu dipatuhi dan diikuti oleh semua jabatan terutamanya ketua-ketua jabatan yang terlibat. 

Diploma Farmasi yang diluluskan dengan memerlukan penambahbaikan (Topping up) akan diletakkan atas tangga gaji PIT6. Kalau kelulusan dilaksanakan, tunggakan akan dibeni. Beliau juga mengingatkan agar Persatuan boleh berbincang hal ini dari masa ke semasa. 

Tentang sistem penilaian laporan prestasi, pelapor nilai prestasi hendaklah dimaklumkan kepada anggota yang dinilai prestasinya. Disamping itu pegawai yang berhak melaporkannya adalah mengikut struktur atau carta organisasi. Penyelia harus memberi penilaian kepada anggota bawahannya. Contohnya, U8>U7>U6. Perkara perlu dilaksanakan. Kiranya ada kekeliruan, bolehlah dirujukkan kepada JPA. 

Akhir sekali Tuan Haji Musa menerangkan bahawa Kenaikan Gaji kakitangan awam dan kenaikan elaun perumahan akan di bayar secepat mungkin.  Ini adalah kerana pekeliling tersebut telah di tanda tangani dan ianya boleh di lihat di halaman web JPA di alamat http://www.jpa.gov.my/

Akhir sekali dengan sukacitanya beliau merasmikan Persidangan Agong Dwi Tahunan Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia. 

Sekian.

Go to top of page

 


LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


PFHK/PS