LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


 

Dari Meja Ketua Pengarang
Dialog
Ucapan Perasmian
Laporan Perasmian

Ke Laman Utama Suara Rx

Viagra 
Terapi Penggantian Hormon (HRT)
Perubatan Nuklear

 

DARI MINDA BENDAHARI

Selamat bertemu kembali. Maaflah kerana keluaran ini agak terlewat dari jangkaan. Agak tersasar dari date-line. Maklumlah kami terlibat dalam beberapa aktiviti yang juga melibatkan kepentingan Pembantu Farmasi.

Di seluruh negara, kita mempunyai dua ribu lebih anggota Pembantu Farmasi. Tetapi agak mendukacitakan, keahlian Persatuan kita hanya separuh dari jumlah itu. Itu pun termasuklah ahli yang tidak benefit.

Perkembangan ini memperlihatkan sikap kita yang tidak cakna kepada profesion kita. Sikap yang membolehkan pihak lain memperlekehkan kita. Natijahnya, kita tidak akan dihormati dan maruah kita akan tercalar. Kita bercakap berdegar-degar, meminta itu dan ini. Sudahnya kita dipermainkan lantaran kita sendiri yang tidak memperlihatkan kesatuan kita.

Semua boleh melihat apa yang telah terjadi pada pendaftaran Allied Health Professional (AHP) untuk Pembantu Farmasi. Di mana letaknya kita. Amat terasa kita kepinggiran.

Saya tidak nampak sulitnya untruk menjadi ahli. Borang keahlian ada dicetak dalam setiap keluaran buletin kita. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit komitmen dan pengorbanan. Anda tidak perlu berada di barisan depan cuma sokongan dan kejituan semangat yang dituntut.

Ingatlah , perjuangan tidak akan tamat selagi nadi masih berdenyut.

 

Haji Sulaiman bin Harun

Go to top of page


LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


PFHK/PS