LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


 

Dari Minda Bendahari
Dialog
Laporan Ucapan Perasmian
Laporan Persidangan

Ke Laman Utama Suara Rx

Viagra
Terapi Penggantian Hormon (HRT)
Perubatan Nuklear

 

DARI MEJA KETUA PENGARANG

Selamat bersua kembali kepada semua pembaca khususnya Pembantu Farmasi.

Tahun 2000 telahpun memasuki era suku akhirnya. Dalam erti kata lain tempoh perkhidmatan kita pun bersama bertambah jumlahnya.

Dalam menempoh sistem kehidupan tanpa sempadan, kerjaya kita juga berdepan dengan ledakan teknologi dan ledakan ilmu yang harus kita terima dan aplikasikan dalam tugas harian. Keperluan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi amat perlu diterapkan dalam tugas harian kita. Ekspektasi pelanggan kita amat tinggi dalam memperolehi bekalan ubat yang tepat, selamat dan berkesan. Rantaian rawatan ini tidak akan sempurna jika kita masih lagi di tahap lama.

Kita harus menceburi sebanyak mungkin aspek perawatan yang berkaitan. Ini akan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah negara yang sihat dalam aspek rohani, fizikal dean emosi seperti mana yang diimpikan oleh pemimpin negara kita selain kecanggihan sistem kehidupan.

Kita mestilah berupaya untuk bertindak secara kraetif dan kritis dalam kerjaya kita. Bertepatan dengan kenaikan taraf diploma, kita seharusnya mempunyai ketrampilan yang anggun dari segi fizikal dan gemilang pada tahap keilmuan.

Tiada siapa yang akan merubah kita selain kita sendiri. Keupayaan kita berubah dari satu tahap yang mendatar ke satu tahap gemilang akan dengan mudah menafikan suara sumbang dari pemikiran yang tidak seimbang yang sering kita dengar selama ini.

Keupayaan untuk bertindak secara pro aktif amatlah penting dalam kerjaya kita di samping neruapaya untuk merancang sesuatu yang kreatif yang dapat menyumbang pencapaian atau ke arah meterialisedkan misi dan visi perkhidmatan farmasi seluruhnya.

Satu bentuk perkongsian ilmu, kepintaran, penambahbaikan perkhidmatan warga farmasi haruslah dilakukan secara integrasi demi keseluruhan Pembantu Farmasi.

Program yang berupa seminar, kursus, bengkel dan seumpamanya yang berupaya membuka minda, sifat dan sikap ke arah kecermalangan haruslah diintai dan diikutsertakan. Jangan sekali-kali ketinggalan di dalam merangkul kepintaran.

Menyertai persatuan juga merupakan salah satu platform ke arah itu. Paling minima kita akan dapat bersama berkongsi ide. Bersalah memberi sokongan yang berterusan untuk mefaat keseluruhan warga pembantu farmasi.

Motto negera " Bersatu Bertambah Maju " - " United We Stand " harus dihayati. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 43.

Tuan Haji Sulaiman Bin Harun

Go to top of page


LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


PFHK/PS