LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


Dari Minda Bendahari
Dari Meja Ketua Pengarang
Dialog
Laporan Persidangan

Ke Laman Utama Suara Rx

Laporan Ucapan Perasmian
Viagra
Perubatan Nuklear

 

 

TERAPI PENGGANTIAN HORMON (HRT)

 

 

Pengenalan
Mati Haid
Kekurangan Estrogen Dan Kesannya
Bagaimana HRT Dikesan
Pengambilan Terapi Penggantian Hormon
Peraturan HRT
Nasihat Untuk Semua

 

PENGENALAN

 

Hormon Replacement Treatment (HRT) atau Terapi Penggantian Hormon adalah suatu usaha perubatan moden bagi meningkatkan mutu kesihatan kaum wanita yang mencapai umur 55 tahun atau wanita yang sedang mengalami proses mati haid (menopause). Kejadian ini bermakna pengeluaran telor akan berhenti dan tempoh kesuburan akan berakhir tak berapa Iama lagi. Ramai kaum wanita akan mengalami perubahan hormon dalam tempoh itu dan kesannya mereka akan mengalami kesakitan atau mereka juga akan terdedah kepada beberapa masalah kesihatan lain yang berat. Sekarang ini, semua keadaan itu dapat dikawal dan diatasi sepenuhnya menerusi kaedah Terapi Penggantian Hormon. Inya Allah.

 

Wanita wanita yang sedang mengalami proses mati haid perlulah mendapatkan rawatan di peremis perubatan atau hospital bagi mengelakkan risiko kesihatan yang berpanjangan. Terapi Penggantian Hormon akan dapat membantu anda bagi mengembalikan perseimbangan horman dalam badan dan ia akan meningkatkan kesihatan serta meningkatkan kualiti kehidupan anda semua. Kebahagiaan seseorang wanita dalam sesebuah keluarga tentunya akan membahagiakan seluruh keluarga. Wanitalah yang menyerikan kehidupan suami dan anak-anak. Wanita yang ceria dan cerdas minda adalah mereka yang sentiasa menjaga kesihafan dirinya.

 

Hormon adalah suatu bahan penghantar maklumat dalam diri/tubuh seseorang. Ia dihasilkan oleh sebuah kelenjar menerusi tindakbalas kimia dan bergerak melalui darah serta memungkinkan tindakbalas di beberapa bahagian tubuh. Suatu set hormon tertentu akan menetapkan pusingan haid serta menentukan proses kehamilan atau sebaliknya. Dua jenis hormon ia itu Hormon Follicle-Stimulating (FSH) dan Hormon Luteinizing (LH) di hasilkan oleh kelenjar di bahagian bawah otak (bahagian pituitari) sementara Estrogen dan Gesterone di hasilkan dalam ovari.

 

MATI HAID (MENOPAUSE)

 

Setiap wanita yang sedang berada di penghujung pusingan haid akan ketandusan telur yang mana ia juga akan menyebabkan kekurangan hormon Estrogen. Ia berlaku beberapa bulan sebelum dan selepas   menopause atau di kenali sebagai premenopause. Keadaan ini akan menyebabkan badan mengalami kepanasan dan terasa kurang normal. Hormon pituitari akan meningkat ketika proses meningkatkan Estrogen. Selepas haidterakhir(post menopause), beberapa perubahan mungkin berlaku terutama jika ovari andadi keluarkan menerusi kaedah pembedahan. Kesan kehilangan Estrogen akan lebih teruk lagi.

 

KEKURANGAN ESTROGEN DAN KESANNYA

 

Sebagaimana yang telah di ketahui umum, Estrogen berperanan besar dalam pusingan haid seseorang wanita. Apabila Estorogen ini berkurangan maka ia akan menyebabkan tahap kesihatan seseorang itu terganggu. Ketahanan seseorang bergantung penuh kepada faktor faktor pemakanan, gaya hidup dan juga keturunan (genetik) mereka sendiri. Kesan tersebut adalah seperti berikut: 

1 Panas badan dan berpeluh pada waktu tertentu terutama pada waktu malam. Wajah anda akan kelihatan kemerah merahan.
2 Sukar tidur kerana terasa rimas.
3 Tisu kulit menipis. Keadaan ni memungkinkan seseorang cepat kelihatan berkedut, pundi kencing juga turut menipis di samping kesakitan ketika bersetubuh. 
4 Anda juga mungkin mengalami sakit kepala, kejang otot, pengecutan buah dada dan juga terganggu fikiran. 
5

Kesan utama kekurangan Estrogen adalah anda akan kehilangan zat kalsium dalam tulang dan tentunya ia amat menyakitkan. Keadaan ini di namakan sebagai ‘Osteoporisis’. 

6 Anda juga berisiko tinggi mendapat serangan sakit jantung.

Bagaimanakah anda harus bertindak bagi mengawal keadaan tersebut di atas dan apakah ada harapan baru untuk sembuh dan penyakit ini? 

Setiap penyakit yang diberikan kepada manusia oleh Allah, maka di kurniakan juga ubat dan penawar baginya. lnsya Allah, Terapi Penggantian Hormon boleh dan mampu memberikan anda peluang yang cukup memberangsangkan bagi meneruskan hidup supaya sentiasa sihat dan ceria. 

 

BAGAIMANA HRT DIKESAN ?

 

Setiap orang akan pergi ke hospital atau klinik apabila mengalami sakit, demam dan sebagainya. Jarang di dapati. orang yang tak sakit datang ke hospital untuk membuat pemeriksaan khusus berkaitan penyakit yang sedang dialami atau sedang dibawa oleh dirinya. Contoh mudah adalah sepertimana berlaku kepada pesakit yang mengalam barah buah dada. Penyakit ini jarang dikesan di peringkat awal kerana seseorang itu tidak mengalami sebarang rasa sakit ataupun keskitan itu terlalu sedikit dan dapat disembuhkan menerusi ubat penahan sakit. Begitujuga HRT tak mungkin dapat diaplikasi kepada pesakit yang mengalami barah buah dada. Oleh itu seseorang wanita yang sedang dan akan mengalami menopause perlu di periksa dengar teliti oleh doktort. Sejarah perubatan seseorang perlu di teliti menerusi ujian fizikal atau lain lain kaedah yang sesuai Untuk menentukan seseorang itu mengalami Estrogen rendah, ujian Hormon Follicle Stimulating (FSH) perlu dijalankan. Ujian Kolesterol juga perlu bagi menentukan risiko penyakit jantung. Untuk mengenalpasti penyakit barah buah dada, pancaran sinar X (X-ray) amat bersesuaian. Ujian kereputan tulang atau Osteoporosis hendaklah di buat bagi mengelakkan risiko kesihatan apabila HRT diaplikasi. Perlu diingat bahawa HRT bukan untuk semua orang. Mungkin ia bersesuaian kepada sebahagian wanita dan tidak sesuai untuk sebahagian yang lain. HRT amat tidak sesuai kepada mereka mereka yang mempunyai risiko berikut:­

1 Mereka yang mempunyai sejarah barah buah dada.  
2 Mereka yang mengalami barah rahim atau ovari.  
3

Mereka yang mengalami ketidaktentuan pembekuan

darah yang aktif.

4 Mereka yang sedang hamil.
5 Mereka yang mengalami pendarahan faraj.  
6 Mereka yang mempunyai sakit pundi kencing.
7

Mereka yang mempunyai penyakit hati seperti hepatitis dan

         lain-lain

   

Kesimpulanya, setiap individu perlulah peka kepada perubahan din masing-masing dan selalulah membuat pemeriksaan atau berbincang dengan pengamal perubatan bagi menentukan tahap kesihatan yang terbaik.

 

PENGAMBILAN TERAPI PENGGANTIAN HORMON

 

Apabila anda sudah berpuas hati dengan penerangan doktor berkaitan penyakit yang sedang ada hadapi, anda juga perlu membuat keputusan samaada bersedia mahu mengambil hormon secara oral, injeksi atau menggunakan krim vagina. khidmat nasihat doktor dan persetujuan anda

amat perlu kerana pengubatan ini mengambil tempoh yang agak lama. Kesan terapi ini bergantung sepenuhnya terhadap daya serapan diri anda sendiri. Anda juga perlu mengikut arahan atau peraturan tertentu sebagaimana yang telah ditentukan oleh doktor yang merawat anda.

 

PERATURAN HRT.

MENENTUKAN PUSINGAN HAID  

1

Estrogen di berikan untuk tempoh 30 hari dan Progestin selama 12-14 hari. Pusingan haid yang tidak normal akan menyebabkan anda mudah marah, keletihan, kelembutan buah dada, bengkak kaki dan pening kepala. Anda juga mungkin menghadapi kekejangan otot. Rawatan seperti ini masih belum menunjukkan keserasian yang diperlukan.  

2 Estrogen diambil untuk tempoh 21-25 hari dan Progestin 7-12   hari. Pengecualian selama 5-9 hari masih menampakkan kesan seperti di atas dan ia masih berlaku bagi menandakan anda masih kekurangan Estrogen.  
3

Estrogen dan Progestin di ambil selama 30 han. Anda sudah tidak mengalami sebarang kesan seperti mudah marah, letih, pening kepala, kelembutan buah dada dan sembab. Keadaan mi menandakan Estrogen anda sudah memadai dan sesuai di teruskan.

4

Bagi wanita yang ketiadaan rahim, rawatan Estrogen untuk selama 25-30 han amat sesuai sekali. Rawatan ini juga boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai rahim tetapi mereka perlu membuat pemeriksaan rahim kerana Estrogen yang berlebihan akan menyebabkan rembesan faraj dan pertumbuhan sel yang abnormal.  

   

 

Rawatan HRT perlu di buat secara teliti menerusi satu carla yang terperinci berkaitan perubahan yang di alami, pengambilan ubat, pendarahan dan sebagainya. Carla mi amat penting bagi menilai atau akan di gunakan sebagai ganti ujian HRT seterusnya mengesahkan tahap Estrogen di dalam din seseorang.

 

NASIHAT UNTUK SEMUA

Hubungi doktor jika anda mengalami tanda tanda berikut:  
1. Pendarahan yang tak di jangka berpanjangan serta banyak.
2 Terdapat ketulan dalam buah dada atau mengalami kekerasan buah dada yang lama.    
3 Mengalami pembuangan vagina di luarparas kebiasaan.
4 Mengalami sakit kepala yang teruk.
5 Mengalami kejang ototterutama di bahagian belakang kaki

 

JAGALAH KESIHATAN DIRI ANDA SENDIRI

 

1. Ambillah makanan yang sesuai terutama bahan makanan yang mempunyai Zat Kalsium yang tinggi bagi mengelakkan osteoporosis. Sekurang-kurangnya 500mg-i 500mg sehari.

2. Bersenam setiap han dengan memberi ruang selama 20-30 minit selama 3 kali seminggu.

3. Jangan lupa makan ubat sebagaimana arahan yang di berikan dan catit semua maklumat di dalam carla harian anda.

 

Disedia oleh,

Hj. Mohd. Adnan Sudin

Ketua Biro Pendidikan & Penyelidikan

Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia. 

Go to top of page


LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

GAMBAR


PFHK/PS 2001