|
FUNGSI |
Riboflavin
adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan
antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan
keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan
kataract. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan
protin. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan
memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman. Riboflavin
juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan
rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat
besi dan vitamin B6.
Pengambilan
riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika
mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan
fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak
menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2.
|
|
SUMBER
|
Kandungan
tinggi vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut: keju,
putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam,
biji-bijian, dan yogurt. Lain-lain sumber termasuk asparagus,
avocado, kobis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat,
kacang dan selada air.
|
|
KEKURANGAN
|
Kekurangan vitamin B2 boleh
menyebabkan :
|
 |
Keletihan,
lemah badan. |
 |
Bibir
merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut. |
 |
Lemah
daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada
cahaya). |
 |
Gatal
kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh
tidur). |
 |
Lemah
daya penghadaman, membantut tumbesaran, dan lembap
dalam tindakbalas mental. |
|
|

|
|
|
|