Serangan
akut ialah serangan secara tiba-tiba yang boleh membawa maut jika
tidak dirawat.
TANDA - TANDA
Gangguan
tidur akibat serangan Asma.
Ubat
yang diambil tidak mengurangkan gejala Asma.
Perasaan
atau anggapan bahawa ubat tidak berkesan.
Tidak
dapat menjalankan aktiviti harian kerana gejala Asma.
Kekurangan
aliran puncak ( bacaan peak ' flow meter ')
TANDA
BAHAYA
Pesakit
tidak dapat bercakap secara berterusan.
Tidak
dapat baring.
Perasaan
sesak nafas semakin membimbangkan.
Bibir
dan hujung jari ( kuku ) kelihatan biru gelap.
TINDAKAN
Ambil dos
tambahan , ubat yang telah diberikan oleh doktor.
Jika
tiada perubahan dalam masa 15 minit, dapatkan rawatan kecemasan di
klinik atau
hospital.
Pesakit perlu
bersabar dan tenang.
PERANAN KELUARGA
Bersabar dan
beri dorongan kepada pesakit.
Mengetahui
mengenai ubat pesakit seperti nama ubat, fungsi ubat tersebut,
jumlah dos yang
perlu diambil serta di mana ubat tersebut disimpan.
RAWATAN
Rawatan
bagi penyakit Asma adalah melalui pengambilan ubat yang berterusan
dengan cara yang betul.
Pesakit
perlu elakkan faktor-faktor alahan.
Setiap
pesakit adalah berbeza rawatannya dengan pesakit yang lain.
TUJUAN
UBAT
Rawatan semasa serangan
Rawatan mencegah Asma.
JENIS - JENIS UBAT
UBAT SEDUTAN
1.
Inhaler Salbutamol ( Respolin )
2.
Inhaler Terbutaline ( Bricanyl )
3.
Inhaler Ipratropium ( Atrovent )
4.
Inhaler Budesonide ( Pulmocort )
5.
Inhaler Disodium Cromoglycate ( Intal )
UBAT MAKAN
1.
Tab. Salbutamol 2 mg.
2.
Tab. Theophylline 125 mg.
3.
Tab. Theophylline SR 250 mg.
4.
Tab. Prednisolone 5 mg.
5.
Tab. Terbutaline 2.5 mg.
UBAT SUNTIKAN
1.
Inj. Hydrocortisone 100 mg.
2.
Inj. Aminophylline 250 mg.
UBAT
SEDUTAN
MENGAPA
MENGGUNAKAN UBAT SEDUTAN
Ubat terus masuk ke dalam saluran pernafasan berbanding ubat yang
ditelan yang akan
melalui perut ke daluran darah dan barulah ke saluran
pernafasanebahagian kecil ) .
Bertindak lebih cepat dan berkesan.
Hanya dos yang kecil diperlukan . Kesan sampingan ubat akan
berkurangan .
CARA
MENGGUNAKAN UBAT SEDUTAN
1.
Tanggalkan
penutup daripada corong mulut dan goncangkan Inhaler
tersebut .
2.
Pegang
Inhaler pada paras menegak .
4.
Letakkan
corong mulut di dalam mulut , tutup dengan bibir .
Tarik
nafas perlahan - lahan , kemudian tekan inhaler dengan
kuat ke bawah untuk menyalurkan ubat dan teruskan
menarik nafas dengan dalam.
Kemudian
tahan nafas selama 10 saat atau selama mana yang boleh
agar ubat dapat masuk ke paru - paru.
5.
Bernafas
keluar perlahan - lahan . Andainya anda perlu melakukan
penyedutan sekali lagi , anda harus menunggu sekurang -
kurangnya 1 - 2 minit sebelum sebelum mengulangi langkah 2 - 5
.
6.
Tutuplah
corong mulut inhaler selepas penggunaan.
FAKTA
PENTING MENGENAI ASMA
Penyakit Asma melibatkan semua peringkat umur , keturunan dan
jantina .
Penyakit
Asma boleh dikawal dengan rawatan yang berterusan dan pesakit
boleh menjalani kehidupan yang normal .
Penyakit
Asma merupakan penyakit kronik utama di kalangan kanak - kanak
.
Penyakit
Asma akan bertambah teruk dan boleh membawa maut sekiranya
tanpa rawatan yang berterusan .
Penyakit
Asma di kalangan orang dewasa boleh pulih buat sementara dan
ianya tidak boleh disembuhkan .