Make your own free website on Tripod.com

LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

INFO UBAT

APAKAH PENYAKIT ASMA ?

Saluran pernafasan yang normal kelihatan seperti ini.
Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.

Saluran pernafasan pasakit asma.

FAKTOR PENYEBAB

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah :

  Bulu binatang

  Debu atau habuk
   Perubahan cuaca
  Senaman
  Merokok  dan asap rokok
  Debunga 
  Jangkitan saluran pernafasan
  Makanan / Buah-buahan tertentu
  Tekanan perasaan
  Ubat tertentu

GEJALA - GEJALA PENYAKIT ASMA

  Batuk ( terutama d waktu malam atau semasa cuaca sejuk )
  Susah bernafas ( sesak nafas )
  Nafas berbunyi ( wheezing )
  Rasa ketegangan di dada

KAWALAN ASMA

  Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal.
  Sentiasa gunakan " carta kawalan Asma di rumah "  bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.
INGAT !!!
Anda harus berjumpa doktor sekiranya ;
  Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil .
  Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan  /  aktiviti harian .
  Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa .
  Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma .

muka surat 1 


PFHK/PS 2001