laman utama

berita

biodata

album

tugas

PANDUAN BERHENTI MEROKOK

MENGEKALKAN STATUS BUKAN PEROKOK. 
Sekarang anda telahpun berhenti merokok. Tugas seterusnya yang mana lebih mencabar ialah bagi anda untuk terus mengekalkan status bukan perokok anda. Terdapat ramai orang yang mengambil sikap tidak berhati-hati selepas beberapa bulan berhenti merokok sehingga tanpa disedari mereka kembali merokok. Jangan biarkan perkara ini berlaku ke atas diri anda. IKUTI PETUA INI...
BERFIKIRAN SECARA POSITIF.
Seperti menjaga keadaan fizikal, keadaan mental anda perlu disesuaikan. Fikirkan diri anda sebagai bukan perokok. Sentiasa peringatkan diri anda sebab-sebab kenapa anda berhenti merokok. Tumpukan perhatian kepada faedah yang diperolehi dengan tidak merokok. Ingatlah bahawa semua gejala "withdrawal" akan lenyap dan ini merupakan suatu petanda baik yang tubuh anda sedang pulih daripada ketagihan rokok. Katakan saya boleh....
LAWAN FIKIRAN NEGATIF.
Jangan biarkan fikiran negatif menghancurkan niat anda untuk terus kekal sebagai bukan perokok. Jangan sekali-kali mencuba untuk kembali merokok. Ingatkan petua 4M bagi mengatasi setiap fikiran negatif yang boleh mendorong anda merokok.
BERI GANJARAN  UNTUK DIRI ANDA.
Kejayaan berhenti merokok merupakan suatu pencapaian yang layak diberi pujian dan ganjaran. Anda harus berasa bangga yang anda sekarang bukan lagi seorang perokok. Gunakanlah wang yang berjaya anda jimatkan untuk membeli sesuatu yang anda idamkan selama ini atau gunakan wang itu untuk melancung atau sebagainya yang berfaedah kepada diri anda.
MENJAGA BERAT BADAN.
Sebahagian orang berjaya berhenti merokok dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi sebahagian yang lain berjaya berhenti merokok tetapi mengalami masalah kenaikkan berat badan. Secara purata, berat badan mereka meningkat kira-kira 2 kg. Ini adalah kerana deria rasa dan deria bau yang kembali pulih menyebabkan seseorang itu merasai makanan yang dimakan lebih sedap sehingga ia makan lebih banyak daripada biasa.

Dengan mengamalkan pemakanan sihat berpandukan piramid makanan dan mengamalkan senaman tiga kali seminggu selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali bersenam, masalah berat badan boleh diatasi dengan berkesan.

Sumber drp: Unit Pelajaran Kesihatan Negeri Perlis. ke halaman lepas