PENGAMBILAN
UBAT MAKAN |
 |
Patuhi
arahan yang tercatat pada sampul ubat. |
|
 |
Jangan
makan ubat-ubat yang lain kecuali diarah atau diluluskan
oleh doktor. |
|
 |
Jangan
mengurangkan atau menggandakan dos anda. |
|
 |
Sekiranya
anda terlupa dan terlepas waktu makan ubat, anda
hendaklah segera memakannya apabila teringat dan ubahkan
waktu yang berikutnya atau jika masa dos berikutnya
telah hampir, lupakan dos yang tertinggal dan ikut
semula jadual biasa. |
|
|
PERHATIAN
SEMASA MENGAMBIL UBAT INI |
 |
Beritahu
doktor sebelum pembedahan, rawatan pergigian atau
rawatan kecemasan yang dijalankan. |
|
 |
Beritahu
doktor jika anda sedang mengandung atau ingin mengandung. |
|
 |
Dapatkan
nasihat doktor jika anda sedang menyusukan anak anda
dengan susu ibu. |
|
 |
Makan
atau minum sesuatu yang manis jika gejala-gejala paras
gula (glukosa) rendah berlaku dan terus hubungi doktor
anda. |
|
 |
Antara
gejala paras gula (glukosa) darah rendah ialah seram
sejuk, peluh sejuk, kulit pucat dan sejuk, denyutan
jantung kencang dan gelisah. |
|
|