 |
MELINDUNGI
ORANG LAIN. |
|
Apabila
anda merokok, orang yang berada di sekeliling anda turut
juga menyedut asap rokok yang datang dari rokok yang anda
hisap. Ini dinamakan merokok secara pasif. Ia boleh
menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit
saluran pernafasan dan penyakit lelah di kalangan bukan
perokok ini sama seperti mereka yang merokok. Merokok
secara pasif adalah berbahaya kepada kanak-kanak. |
 |
MENJADI
TELADAN YANG BAIK. |
|
Sekiranya
anda mempunyai keluarga, anda menjadi contoh ikutan atau
" role model " kepada ahli keluarga anda
khususnya kepada anak-anak anda. Kanak-kanak lebih
cenderong untuk merokok sekiranya salah seorang atau
kedua-dua ibu bapa mereka merokok. |
 |
ANAK-ANAK
LEBIH SIHAT. |
|
Kanak-kanak
yang mempunyai ibubapa yang merokok adalah lebih kerap
menghidapi penyakit penyakit saluran pernafasan seperti
pneumona, jangkitan telinga dan lain-lain. Mereka juga
lebih kerap mengalami gangguann iritasi pada mata, hidung
dan tekak, dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik
seperti batuk dan kahak. |
 |
MENINGKATKAN
KECERGASAN. |
|
Merokok
menjejaskan kecergasan anda dan membuat anda cepat letih
dan hilang stamina ketika bersenam, berjogging, berjalan
dan pergerakkan berat yang lain. |
 |
MENINGKATKAN
DERIA RASA DAN HIDU. |
|
Apabila
anda berhenti merokok keupayaan deria untuk merasa dan
menghidu akan meningkat dan kembali pulih seperti sediakala
sama ketika anda belum menjadi perokok. |
 |
KULIT
LEBIH SIHAT. |
|
Merokok
mengakibatkan kulit tidak mendapat bekalan oksigen yang
mencukupi, oleh itu sel-sel baru tidak dapat membentuk
dengan sempurna. Perokok biasanya cepat beruban, kulit
tidak berseri dan cepat berkedut terutamanya di sekeliling
mata dan mulut. |
 |
NAFAS
LEBIH SEGAR. |
|
Nafas
akan lebih segar dan tidak berbau busuk apabila anda
berhenti merokok. |
 |
GIGI
LEBIH PUTIH. |
|
Merokok
mengotorkan gigi anda. Ia menyebabkan gigi anda berwarna
kuning berkarat dan menjejaskan senyuman anda. |
 |
RAMBUT
DAN PAKAIAN TIDAK BERBAU BUSUK. |
|
Asap
rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian
anda. Anda akan dapat merasakan perbezaannya apabila anda
berhenti merokok. |
 |
MEJIMATKAN
WANG. |
|
Perokok
yang menghisap rokok sekotak (20 batang) dalam sehari
boleh menjimatkan wang lebih kurang RM 1500.00 setahun. |
 |
MELINDUNGI
ALAM SEKITAR. |
|
Asap
rokok mencemarkan udara dan alam sekitar. Rokok juga
menyebabkan beberapa kebakaran yang boleh dielakkan. |
 |
KESUBURAN
MENINGKAT BAGI LELAKI. |
|
Kajian
menunjukkan kesan daripada amalan merokok boleh
menyebabkan kelainan pada sperma dari segi mobiliti atau
keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga
bilangan sperma yang berkurangan. |
 |
KELAKIAN
BERKURANGAN. |
|
Merokok
boleh menyebabkan impoten atau mati pucuk. Ini ialah kesan
langsung ke atas keupayaan mendapatkan ereksi atau
ketegangan pada alat kelamin yang terjejas akibat pembuluh
darah pada alat kelamin tersebut menjadi lemah. |
|
|