Make your own free website on Tripod.com

laman utama

berita

biodata

album

tugas

SENARAI TUGAS PEMBANTU FARMASI U8

PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT LUAR
Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
Memeriksa semua preskripsi supaya jelas, lengkap dan sempurna.
Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.
Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
Mengendalikan penyediaan "extemporaneous" bila diperlukan.
Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan.
Menjalankan tugas lebihmasa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan.
Merujuk sebarang masalah yang timbul kepada pegawai atasan.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT DALAM
Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
Menokoktambah stok ubat-ubatan.
Memeriksa semua permohonan dari unit-unit pemesan supaya jelas.
Mengisi dan melabel ubat-ubatan yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut inden-inden yang diterima.
Membekal ubat-ubat ke wad-wad yang betul.
Mengendali penyediaan "extemporaneous" bila diperlukan.
Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan.
Menjalankan tugas lebihmasa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan.
Merujuk sebarang masalah yang timbul kepada pegawai atasan.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

PERKHIDMATAN FARMASI SATELIT
Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
Memeriksa semua permohonan dari unit-unit pemesan supaya jelas, lengkap dan sempurna.
Memeriksa keset troli yang dihantar oleh unit-unit pengguna supaya sentiasa bersih dan sempurna.
Menjaga dan menyimpan rekod bekalan seperti rekod kumulatif pesakit.
Membuat bekalan kecemasan/stok "imprest" di wad semasa waktu pejabat.
Memastikan bekalan ubat yang dibuat selaras dengan ubat yang diberi kepada pesakit di wad.
Mengendalikan penyediaan "extemporaneous" bila diperlukan.
Menjalankan tugas lebihmasa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan.
Merujuk sebarang masalah yang timbul kepada pegawai atasan.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

PERKHIDMATAN PENGELUARAN FARMASEUTIKAL [ STERIL ]
Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu dan memakai pakaian seragam dengan kemas.
Menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berdedikasi, berkesan dan bersantun.
Memastikan semua aktiviti dalam penyediaan ubat dilakukan mengikut "Standard Operating Procedures" dan Amalan Perkilangan Baik.
Menentukan kerja-kerja kebersihan bilik penyediaan aseptik dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Amalan Perkilangan Baik.
Memastikan bahan-bahan mentah dan kertas kerja yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk penyediaan ubat setiap hari.
Membantu Pegawai Farmasi menyediakan permohonan-permohonan yang diterima.
Memastikan sisa-sisa toksik dikumpul dan dihantar untuk pelupusan mengikut proswedur-prosedur yang ditetapkan (untuk Unit Rekonstitusi Sitotoksik sahaja).
Merekod ubat-ubat tertentu seperti yang ditetapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
Menjalankan tugas lebihmasa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan.
Merujuk sebarang masalah yang timbul kepada pegawai atasan.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

PERKHIDMATAN PENGELUARAN FARMASEUTIKAL [ BUKAN STERIL/PRABUNGKUSAN ]
Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu dan memakai pakaian seragam dengan kemas.
Menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berdedikasi, berkesan dan bersantun.
Memastikan semua aktiviti dalam penyediaan ubat dilakukan mengikut "Standard Operating Procedures" dan Amalan Perkilangan Baik.
Menentukan kerja-kerja kebersihan bilik penyediaan aseptik dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Amalan Perkilangan Baik.
Memastikan bahan-bahan mentah dan kertas kerja yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk penyediaan ubat setiap hari.
Melibatkan diri dalam penyediaan Farmaseutikal Bukan Steril dan aktiviti pembungkusan.
Mengambil sampel semua sediaan bukan steril untuk ujian-ujian kawalan mutu dilakukan.
Merekod ubat-ubat tertentu seperti yang ditetapkan.