Make your own free website on Tripod.com

laman utama

berita

biodata

album

tugas

SENARAI TUGAS PEMBANTU FARMASI U7

PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT LUAR
Pentadbiran
Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m.
Memastikan kaunter-kaunter dibuka pada waktu yang ditetapkan.
Memastikan semua Pembantu Farmasi berada di tempat bertugas masing-masing setiap waktu.
Memastikan semua Pembantu Farmasi yang bertugas menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berkesan, berdedikasi dan bersopan santun.
Memastikan semua Pembantu Farmasi dan Pekerja Rendah Am memakai pakaian seragam dengan kemas.
Tugas Teknikal
Bertanggungjawab memastikan semua ubat-ubatan terkawal mencukupi untuk kegunaan semasa.
a) Membantu Pembantu Farmasi U6 membuat anggaran ubat-ubatan terkawal untuk persetujuan Pegawai Farmasi.
b) Mendispen ubat-ubat terkawal.
c) Menokoktambah stok ubat-ubatan bila diperlukan.
d) Menyelenggara rekod dan akauntabiliti semua ubat-ubat terkawal.
Mendispen ubat-ubatan kepada pesakit jika diperlukan.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT DALAM
Pentadbiran
Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m.
Memastikan kaunter dibuka pada waktu yang ditetapkan.
Memastikan semua Pembantu Farmasi berada di tempat bertugas masing-masing setiap waktu.
Memastikan semua Pembantu Farmasi yang bertugas menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berkesan, berdedikasi dan bersopan santun.
Memastikan semua Pembantu Farmasi dan Pekerja Rendah Am memakai pakaian seragam dengan kemas.
Tugas Teknikal
Bertanggungjawab memastikan semua ubat-ubatan terkawal mencukupi untuk kegunaan semasa.
a) Membantu Pembantu Farmasi U6 membuat anggaran ubat-ubatan terkawal untuk persetujuan Pegawai Farmasi.
b) Membekal ubat-ubat terkawal.
c) Menokoktambah ubat-ubatan bila diperlukan.
d) Menyelenggara rekod dan akauntabiliti semua ubat-ubat terkawal.
Membekal ubat-ubatan kepada unit-unit pemesan dan farmasi-farmasi satelit jika diperlukan.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

PERKHIDMATAN FARMASI SATELIT
Pentadbiran
Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m.
Memastikan Farmasi Satelit dibuka pada waktu yang ditetapkan.
Memastikan semua Pembantu Farmasi berada di tempat bertugas masing-masing setiap waktu.
Memastikan semua Pembantu Farmasi yang bertugas menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berkesan, berdedikasi dan bersopan santun.
Memastikan semua Pembantu Farmasi dan Pekerja Rendah Am memakai pakaian seragam dengan kemas.
Tugas Teknikal
Memastikan keselamatan dan kebersihan Farmasi Satelit.
Memastikan stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispens sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran.
Memastikan semua ubat-ubatan disimpan mengikut keperluan penstoran tertentu.
Menyelenggara rekod-rekod mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan semasa.
Menyemak bekalan "unit of Use / Unit Dose" sebelum diterima oleh unit-unit pemesan.
Mendispen ubat-ubatan kepada pesakit discaj dan melakukan "bedside dispensing".
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

PERKHIDMATAN PENGELUARAN FARMASEUTIKAL [ STERIL ]
Pentadbiran
Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m .
Memastikan unit dibuka pada waktu yang ditetapkan.
Memastikan semua Pembantu Farmasi berada di tempat bertugas masing-masing setiap waktu.
Memastikan semua Pembantu Farmasi yang bertugas menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berkesan, berdedikasi dan bersopan santun.
Memastikan semua Pembantu Farmasi dan Pekerja Rendah Am memakai pakaian seragam dengan kemas.
Tugas Teknikal
Memastikan semua aktiviti dalam penyediaan ubat dilakukan mengikut "Standard Operating Procedures" dan Amalan Perkilangan Baik.
Menentukan kerja-kerja kebersihan bilik penyediaan aseptik dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Amalan Perkilangan Baik.
Memastikan bahan-bahan mentah dan kertas kerja yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk penyediaan ubat setiap hari.
Membantu Pegawai Farmasi menyediakan permohonan-permohonan yang diterima.
Memastikan sisa-sisa toksik dikumpul dan dihantar untuk pelupusan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan (untuk Rekonstitusi Ubat Sitotoksik sahaja).
Tugas-tugas lain yang diarah oleh pegawai atasan dai masa ke semasa.

PERKHIDMATAN PENGELUARAN FARMASEUTIKAL [ BUKAN STERIL/PRABUNGKUSAN ]
Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m .
Memastikan unit dibuka pada waktu yang ditetapkan.
Memastikan semua Pembantu Farmasi berada di tempat bertugas masing-masing setiap waktu.
Memastikan semua Pembantu Farmasi yang bertugas menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berkesan, berdedikasi dan bersopan santun.
Memastikan semua Pembantu Farmasi dan Pekerja Rendah Am memakai pakaian seragam dengan kemas.
Tugas Teknikal
Memastikan semua aktiviti dalam penyediaan ubat dilakukan mengikut "Standard Operating Procedures" dan Amalan Perkilangan Baik.
Menentukan kerja-kerja kebersihan bilik penyediaan aseptik dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Amalan Perkilangan Baik.
Memastikan bahan-bahan mentah dan kertas kerja yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk penyediaan ubat setiap hari.
Melibatkan diri dalam penyediaan Farmaseutikal Bukan Steril dan aktiviti prabungkusan.
Mengambil sampel semua sediaan bukan steril untuk ujian-ujian kawalan mutu dilakukan.