laman utama

berita

biodata

album

tugas

PENYAKIT TAIROD

PENGENALAN

Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 

Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. 

Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. 

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. 

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

JENIS JENIS PENYAKIT TAIROD
1 Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
2 Hypothyroidism 
PENYAKIT THYROTOXICOSIS
Thyrotoxicosis berlaku apabila kilang tairod mengeluarkan terlalu banyak hormon tairod, yang mana ianya mengawal tahap metabolisma badan kita. Hormon tairod yang berlebihan mempercepatkan metabolisma, ini memberi kesan kepada banyak proses-proses badan dan organ. Gejala ini biasanya berlaku pada wanita berbanding lelaki dan sering terjadi semula. Jika penyakit ini tidak dirawati, ianya akan membawa kepada komplikasi yang lebih serius. Mereka yang berisiko menghidap penyakit ini ialah : 
Perempuan
Genetik
Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain 
Usia lebih 60 tahun 
Merokok
GEJALA
Bengkak di leher
Tidak tahan panas
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
Kesuburan turun
Konsentrasi kurang
Kulit lembap
Lemah dan sukar tidur
Mata menjadi besar 
Mood yang tidak menentu
Kejang otot , cirit bagi sesetenganh kes
Resah dan gelisah
Oesteoporosis
Pengeluaran peluh yang banyak dan tangan terketar-ketar
Rambut tidak kuat
Turun berat badan walaupun selera naik 
KOMPLIKASI
Kerosakkan jantung.
Hakisan tulang atau tulang menjadi nipis.
Penyakit mata semakin teruk walaupun diberi rawatan.
SEBAB
Sebab-sebab terjadinya penyakit thyrotoxicosis ini belum lagi diketahui sepenuhnya, tetapi merujuk kepada:
Gangguan pada sisitem imuniti yang mencetuskan pengeluaran berlebihan hormon tairod.
Pembesaran nodul dalam kilang tairod.
RAWATAN
Ubat
Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar, mengawal tekanan dan mengawal rasa   gelisah
Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hyperthyroidism
Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman
Radioaktif iodine 
Membuang tisu sel thyroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypothyroidism (sila lihat di bawah) dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat mereka. 
Pembedahan 
Sebahagian thyroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan kepada kanak-kanak dan orang yang mengandung. 
Pemakanan 
Ambil lebih brokoli, cabbage, cauliflower, soya, kekacang 
Ambil Calsium dan Magensium untuk membantu proses metabolisma yang betul (ingat penyakit thyroid ialah penyakit yang berkaitan dengan metabolisma) 
Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, gula, kaffein dan alkohol 
Pengambilan herba juga boleh diamalkan. Ia lebih bergantung kepada merawat tanda-tanda seperti passionflower (untuk membantu merawat kegelisahan, kunyit dan ginkgo biloba (menambahkan konsentrasi) 
PENYAKIT HYPOTHYROIDISM
Hormon thyroid (T3 dan T4) rendah. Antara penyebabnya ialah :
Chronic autoimmune thyroiditis - pembengkakan dan kerosakkan tisu tairod.
Kurang iodine dalam pemakanan
Radiasi
Rawatan radioaktif iodine
Thyroid gland dibuang
Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism
Badan rasa lemah 
Daya ingatan menurun 
Hilang deria rasa dan bau 
Kadar pengepaman jantung perlahan
Kulit jadi kuning - lesu, pucat 
Kulit kering 
Masalah kesuburan 
Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi) 
Kejang otot dan bengkak 
Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) 
Pendarahan haid banyak (heavy period) 
Percakapan lambat 
Pertambahan berat badan 
Rambut gugur 
Rasa mengantuk 
Rendah nafsu seks
Sakit kepala 
Sembelit ;Suara menjadi serak; Tak tahan sejuk .
Rawatan
a Ubat thyroxine (Jenama original Oroxine) diberi sekali sehari 
b Ambil lebih iodine dalam makanan (makanan laut dsb.) 
c Pengambilan herba untuk merawat tanda-tanda seperti horsetail.