PENGENALAN |
Bagi anda yang mempunyai anak kecil tertumanya
bayi pasti akan berhadapan dengan masalah ruam lampin. Ruam lampin terjadi pada
bahagian punggung, kemaluan dan sekelilingnya, di celah-celah paha dengan tanda
kemerah-merahan dan menjadi bintil-bintil merah jika dibiarkan. Keadaan ini
berlaku adalah disebabkan lampin tidak kerap ditukar di mana ammonia yang
terdapat pada air kencing, bakteria daripada najis, atau kesan-kesan sabun
yang terdapat pada lampin yang tidak dibilas dengan betul akan menjadikan kulit
bayi radang dan merah.
|
TANDA-TANDA |
 |
Kesan
tampung merah dan kasar pada punggung, kemaluan, dan
paha. |
 |
Melepuh. |
 |
Bengkak
merah. |
|
KOMPLIKASI |
|
SEBAB-SEBAB
|
 |
Kerengsaan
kulit yang disebabkan oleh: |
*
Terlalu lama terdedah pada lampin yang basah. |
*
Terlalu lama terdedah pada najis. |
*
Sabun yang tidak dibilas dengan sempurna daripada kulit
bayi selepas mandi. |
 |
Pertukaran
dalam makanan bayi yang mana menyebabkan air kencing dan
najisnya lebih merengsakan kulit iaitu di mana
meningkatnya kandungan asid dalam makanan yang dihadam. |
 |
Alahan
atau kerengsaan bila tersentuh pada lapisan bahagian dalam
lampin. |
 |
Panggil
ambulan jika sakit belakang anda disebabkan oleh terjatuh
atau terhentak pada bahagian tersebut. |
|
-LANGKAH
YANG PERLU ANDA AMBIL
|
 |
Tukar lampin
bayi anda kerap. |
 |
Sapukan krim
bagi menghalang jerapan setiap lampin ditukar. |
 |
Biarkan
kawasan kemaluan terdedah seberapa lama yang boleh kerana
udara dapat mengeringkan kawasan ruam dan mempercepatkan
proses penyembuhan. |
 |
Gunakan lampin
yang berkualiti yang menjadikan punggung bayi anda
sentiasa kering. |
 |
Rujuk doktor
sekiranya ruam bertambah teruk, tiada perubahan tanpa
tanda-tanda sembuh lebih daripada seminggu, atau
bengkak-bengkak merah terjadi. |
|
PETUA
MENCEGAH
|
 |
Pastikan
punggung, kemaluan, dan pangkal paha bayi anda sentiasa
kering dengan menukar lampin sekerap mungkin. |
 |
Sapukan
bedak yang sesuai pada bahagian tersebut atau gunakan
krim rintangan tanpa bedak. |
 |
Bilas
kesan-kesan sabun dengan sempurna bila memandikan bayi. |
 |
Bilas
kain lampin dengan sempurna daripada sebarang kesan
sabun yang mungkin tertinggal. |
|
|