Make your own free website on Tripod.com

laman utama

berita

biodata

album

tugas

ANEMIA 

PENGENALAN

Penyakit anemia terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin adalah merupakan sebab biasa terjadinya anemia.

TANDA-TANDA
Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata.
Tidak bermaya, letih, dan lemah badan.
Pendek nafas apabila melakukan senaman..
Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.
Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.
Palpitasi, iaitu suatu keadaan di mana denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa.
Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
Penyakit demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes hemolaitik anemia.
SEBAB-SEBAB
Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan.
Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik..
Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti ' sickle cell anaemia' , 'haemolytic anaemia' iaitu kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran, dan penyakit 'thalassaemia'.
Kehilangan berlebihan darah (seperti darah haid yang keluar terlalu banyak, pendarahan ulser perut).
Terdapat sesetengah ubat-ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut.
Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia.
Terdapat sesetengah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi.
Bagi kanak-kanak, kecacingan terutamanya cacing kerawit.
LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
Rujuk doktor di mana beliau akan menentukan sebab dan rawatan yang sewajarnya..
PETUA MENCEGAH
Makanlah makanan seimbang yang mengandungi makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran berdaun dan hati.