Saluran pernafasan
yang normal kelihatan seperti ini.
Asma
adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran
pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit
secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah
kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan
alahan tertentu.
Saluran pernafasan
pasakit asma.
FAKTOR
PENYEBAB
Setiap
pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan
pesakit Asma yang lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah :
Bulu binatang
Debu atau habuk
Perubahan cuaca
Senaman
Merokok dan asap rokok
Debunga
Jangkitan saluran pernafasan
Makanan / Buah-buahan tertentu
Tekanan perasaan
Ubat tertentu
GEJALA
- GEJALA PENYAKIT ASMA
Batuk ( terutama d waktu malam atau semasa cuaca sejuk )
Susah bernafas ( sesak nafas )
Nafas berbunyi ( wheezing )
Rasa ketegangan di dada
KAWALAN
ASMA
Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika
Asma dikawal.
Sentiasa gunakan " carta kawalan Asma di rumah "
bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda
serta tindakan yang sepatutnya diambil.
INGAT
!!!
Anda
harus berjumpa doktor sekiranya ;
Pernafasan
anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil
.
Sukar bernafas
semasa melakukan senaman ringan / aktiviti harian .