PENGENALAN |
Penyakit anemia terjadi apabila kepekatan
hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina.
Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia
membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron)
iaitu komponen penting hemoglobin adalah merupakan sebab biasa terjadinya
anemia.
|
TANDA-TANDA |
|
Tanda-tanda
pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat
dan di bahagian dalam kelopak mata. |
|
Tidak
bermaya, letih, dan lemah badan. |
|
Pendek
nafas apabila melakukan senaman.. |
|
Pening,
pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak. |
|
Angina
pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan
di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke
jantung tidak mencukupi. |
|
Palpitasi,
iaitu suatu keadaan di mana denyutan jantung menjadi
cepat dan kuat secara luarbiasa. |
|
Kurang
selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk
berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh
kekurangan vitamin B12. |
|
Penyakit
demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes hemolaitik
anemia. |
|
SEBAB-SEBAB
|
|
Kekurangan
vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin
B12. Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi;
sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut
akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua
tempoh kehamilan. |
|
Kekurangan
pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan
oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid
folik.. |
|
Kecacatan
sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti '
sickle cell anaemia' , 'haemolytic anaemia' iaitu
kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa
diganti dengan lebih pengeluaran, dan penyakit 'thalassaemia'. |
|
Kehilangan
berlebihan darah (seperti darah haid yang keluar terlalu
banyak, pendarahan ulser perut). |
|
Terdapat
sesetengah ubat-ubat yang memusnahkan sel darah merah atau
mengakibatkan pendarahan dalam perut. |
|
Penyakit
yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah
seperti penyakit leukemia. |
|
Terdapat
sesetengah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi. |
|
Bagi
kanak-kanak, kecacingan terutamanya cacing kerawit. |
|
LANGKAH
YANG PERLU ANDA AMBIL
|
|
Rujuk doktor
di mana beliau akan menentukan sebab dan rawatan yang
sewajarnya.. |
|
PETUA
MENCEGAH
|
|
Makanlah
makanan seimbang yang mengandungi makanan yang kaya
dengan zat besi seperti sayuran berdaun dan hati. |
|
|
|
|
|