Ramai
di antara kita yang mengetahui bahawa kolestro tinggi, tekanan
darah tinggi, diabetes, merokok, kegemukan dan kurang bersenam
adalah faktor yang dikaitkan dengan bertambahnya risiko
penyakit jantung koronori. Sekarang, kajian klinikal telah
mengenal pasti HOMOSISTIN sebagai
suatu faktor risiko yang penting. |
Apakah itu
HOMOSISTIN
?
|
Homosistin adalah hasil
metabolisma asid amino metionina. Metionina terdapat di dalam
kesemua protin dan diketahui sebagai asid amino perlu., kerana
ia perlu dibekalkan melalui protin diet harian. Metionina
diperlukan oleh badan kita untuk pertumbuhan dan
penyaraan sel-sel. Protin-protin daripada sumber haiwan
seperti daging, telur dan susu kaya dengan metionina.
Protin-protin daripada sumber tumbuhan seperti bijirin (beras),
sayur-sayuran dan buah-buahan kurang mengandungi metionina.
|
Bagaimana
badan menyelenggarakan Homisistin
pada paras yang selamat ?
|
Semasa
metabolisma berlaku dalam badan, metionina yang berlebihan
dipecahkan kepada Homosistin . Homosistin boleh dalihkan
semula untuk menjadi metionina dengan adanya vitamin B12 dan
asid folik. Homosistin juga boleh diubahkan menjadi sistindan
sebatian lain yang boleh dikeluarkan dari badan melalui
pembuangan air kencing. Proses kedua ini berlaku dengan adanya
vitamin B6. Oleh yang demekian, asid folik dan vitamin B12
melindungi saluran darah daripada dimusnahkan oleh homosistin
dengan mengubahkan homosistin ke sistin dan sebatian lain yang
dikeluarkan melalui pembuangan air kencing. |
Adakah
paras Homosistin
yang tinggi suatu masalah kesihatan ? |
Apabila
paras homosistin meningkat, ia boleh menjadi homodidtin yang
reaktif. Pembentukkan homosistin yang reaktif ini boleh
mencederakan sel-sel dinding saluran darah. Apabila sel-sel
saluran darah tercedera, ia akan menarik LDL Kolestrol ke
bahagian yang tercedera untuk bertindak sebagai pembebat
membalut bahagian tercedera untuk membaiki (atau
menyembuhkan) lapisan sel. Proses penyembuhan ini menyebabkan
terbentuknya "plak" pada dinding saluran darah
koronori. Plak akan bertambah besar dan lama-kelamaan saluran
darah koronori mungkin tersumbat. Ini akhirnya akan
menyebabkan sakit jantung. |
Apakah
paras Homosistin
yang
normal ? |
Paras
Homosistin yang kurang daripada 15µmol/L adalah dianggap
sebagai normal. Paras 15µmol/L dan ke atas adalah berkaitan
dengan bertambahnya risiko penyakit jantung. Risikonya
meningkat mengikut paras homosistin. Melalui ujian darah, kita
boleh mengetahui kandungan homosistin. Sila berbincang dengan
doktor anda samada anda perlu menjalani pemeriksaan darah. |
Siapakah
yang mungkin mempunyai paras Homosisrin
yang tinggi ? |
Ada
orang yang dilahirkan dengan paras homosistin yang tinggi
disebabkan oleh kecacatan genetik. Ini jarang berlaku dan
biasanya adalah disebabkan oelh kekurangan enzim
Methlylene-tetrahychrofolate Reductase (MTHFR).
Bagi mereka yang sering makan
daging dan makanan daripada tenusu yang mengandungi metionina
uang tinggi, maka keperluan vitamin B6,B12 dansaid folik pun
perlu ditambah untuk mengawal paras homosistin dalam darah
pada tahap yang selamat. Tetapi, vitamin B6,B12 dan asid folik
adalah sensitif dan senang dirosakkan apabila melalui rawatan
kimia dalam pemprosesan, pengilangan dan pengawetan makanan.
Bagi mereka yang banyak memakan makanan yang diproses atau
dikilangkan, kemungkinan besar mereka akan kekurangan vitamin
B6,B12 dan asid folik. Vitamin B12 hanya boleh didapati
daripada makanan berasaskan haiwan. Oleh itu untuk mereka yang
hanya makan sayur-sayuran sahaja, kemungkinan besar mereka
akan kekurangan Vitamin B12. Kekurangan vitamin B6,B12 dan
asid folik boleh menyebabkan meningkatnya paras homosistin
dalam darah. |
Sumber
makanan yang mengandungi B6,B12
dan
Asid
Folik. |
Tumbuhan
segar yang mengandungi Vitamin B6 termasuklah bijirin, pisang,
kekacang, dan sayur-sayuran seperti bayam, "brussel
sprout", dan bunga kobis.
Sayuran berdaun hijau
mengandungi asid folik yang tinggi.
Vitamin B12 hanya terdapat
pada makanan seperti daging, ikan dan telur. |
Apa
yang boleh anda lakukan untuk menurunkan paras Homosistin
? |
 |
Mengamalkan
diet yang seimbang yang banyak mengandungi sayur-sayuran
serta buah-buahan. Banyakkan memakan makanan segar dan
kurangkan makanan yang diproses. |
 |
Mengambil
vitamin yang membekalkan vitamin B6,B12 dan asid folik
dengan secukupnya. Biasanya, tambahan ini melebihi
pengambilan harian yang sisarankan. Sila dapatkan
nasihat dari doktor atau ahli farmasi anda. |
|
|
|