Tekanan darah tinggi atau hipertensi
memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung
menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah
dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer. Terdapat dua
bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140)
dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah
diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah)
bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan
darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan
di
antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur
dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
TANDA-TANDA
Penyakit
tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda
awal, sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.
KOMPLIKASI
Angin
ahmar ( stroke ).
Serangan
jantung.
Kegagalan
jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
Kegagalan
buah pinggang.
SEBAB
Sembilan puluh lima peratus kes
terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat
beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit
ini:
Usia.
Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat
di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan
mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
Jantina.
Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
Merokok.
Pengambilan
berlebihan alkohol, garam. Kegemukan, kurang senaman.
Stres
yang berlebihan.
Diabetes.
Penyakit
buah pinggang.
Penyakit
adrenal.
Kesan
pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.
LANGKAH YANG
PERLU ANDA AMBIL
Berhenti
merokok.
Kurangkan atau
berhenti mengambil alkohol.
Kurangkan
pengambilan garam.
Bersenamlah
selalu.
Kurangkan
stres atau tekanan.
Jika
anda menerima erawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi,
sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan
jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
Jika
anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi
selalulah berjumpa doktor. Mengawal tekanan darah anda
akan dapat mencegah terjadinya komplikasi.
PETUA
MENCEGAH
Jika terdapat
ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia anda
melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
Jangan merokok
Jauhi alkohol.
Makan makanan
rendah lemak dan rendah garam.
Lakukan
senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang
basikal dan berjoging.
Elakkan
tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya.