LAMAN UTAMA

MESEJ

TUGAS

BERITA

BIODATA

INFO UBAT

CONTOH MENU

1800 KALORI ( 25 PENUKARAN KARBOHIDRAT)

SARAPAN PAGI

1 cawan nasi atau mee atau bihun atau 3 keping roti atau 1 keping capati . 1 biji telur atau 1 keping daging . Teh atau kopi + 2 sudu paras susu tepung.

MINUM PAGI

2 keping kuih (tanpa gula) atau 6 keping biskut . Teh atau kopi (tanpa gula).

MAKAN TENGAHARI

1  1/2 cawan nasi putih   |  1 ekor ikan (sederhana) atau 1 ketul ayam atau 1 keping daging  |              1 cawan sayur    |   1 biji limau atau 1 potong betik/tembikai/nenas.

MINUM PETANG

2 keping kuih (tanpa gula) atau 1/2 mangkuk bubur (tanpa gula)   |   Teh atau kopi (tanpa gula)

MAKAN MALAM

Sama seperti makan tengahari atau  1  1/2  cawan mee atau bihun atau kue teow atau 4 keping roti.

1500 KALORI ( 21 PENUKARAN KARBOHIDRAT)
SARAPAN PAGI

1 cawan nasi atau mee atau bihun atau 3 keping roti atau 1 keping capati  | 1 biji telur atau 1 keping daging   |   Teh atau kopi  +  2 sudu paras susu tepung.

MINUM PAGI

2 keping kuih (tanpa gula) atau 6 keping biskut   |   Teh atau kopi (tanpa gula)

MAKAN TENGAHARI

1 cawan nasi putih  |  1 ekor ikan saiz sederhana atau 1 ketul ayam atau 1 keping daging   |             1 cawan sayur   |   1 biji limau atau 1 potong betik/tembikai/nenas.

MINUM PETANG

2 keping kuih (tanpa gula)  atau 1/2 mangkuk bubur (tanpa gula)  |  Teh atau kopi tanpa gula

MAKAN MALAM

Sama seperti makan tengahari atau 1 cawan mee atau bihun atau kue reow atau 3 keping roti.

DIABETIS DAN PUASA
Berpuasa tidak menjadi halangan kepada pesakit diabetis. Jumlah keperluan kalori dan pembahagian diet sepanjang hari adalah sama seperti hari biasa ( cuma dilaksanakan di sebelah malam ) .

CONTOH :

HARI BIASA

Sarapan pagi

Makan tengahari

Makan malam

 

=

=

=

HARI BERPUASA

Berbuka puasa

Makan selepas solat terawih / sebelum tidur

Sahur

Peringatan :

Prinsip asas penjagaan Diet Diabetis adalah tidak berubah. Pesakit tidak dibenarkan mengambil makanan / minuman yang melibatkan gula ringkas.

PENJAGAAN KAKI
Cuci kaki anda dengan sabun dan air suam setiap hari. Lap dan pastikan kaki anda betul-betul kering, khususnya di celah-celah kaki. Sapukan pelembap pada kaki anda tetapi elakkan di kawasan celah-celah kaki.
Periksa kaki anda bagi mengesan luka, kudis atau melecet .  Beritahu doktor sekiranya anda dapati ada yang tidak kena pada kaki anda. Ratakan bahagian hujung ibu jari kaki anda  .  Pastikan anda memakai stokin yang lembut dan selesa.
Elakkan berjalan tanpa kasut yang selesa . Periksa selalu.
SENAMAN
Senanam menggunakan glukosa darah dan membakar lemak-lemak dalam badan serta memperbaiki edaran darah dan menguatkan jantung  Bersenamlah selama 20 - 30 minit setiap kali sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Panaskan badan sebelum senaman dan sejukkan badan selepas senaman untuk mengelak kesakitan dan kecederaan otot kemudian nanti. Jenis senaman yang boleh dilakukan ialah berjoging, berjalan dengan cepat, berenang, menaiki tangga, lompat tali, bermain badminton, tenis dan bola keranjang.

muka surat  8

ke halaman 1 

1 2 3 4 5 6 7 8


PFHK/PS 2001